Sunday, 24 February 2013

.:.BUKIT PANORAMA.:.

Ar Rahman Ar Rahim.....,

Sebelum ini  kewujudan Bukit Panorama telah aku ketahui melalui teman rapat ku yang telah lama menetap disini...Mereka sering menceritakan keindahan alam semula jadi dan suasana di Bukit Panorama itu...Terutama sekali bila terbitnya matahari di sebelah pagi dan terbenam di waktu senja.Malah aku sering search di "GOOGLE" untuk melihat gambarannya. Sungguh teruja dan menyebabkan aku semakin bersemangat ke sana suatu hari nanti.

Kita merancang Allah yang tentukan,,,kadang2 yang xberapa nak rancang itulah selalunya menjadi...kak Yan (Azian) dan husband nya (abg mie) telah mengajak aku ,serta seorang student (Zana) untuk pergi panjat Bukit Panorama,Sungei Lembing,Pahang..

Seperti yang di rancang pada petang Sabtu,kami ingin menyahut cabaran menawan Bukit Panorama...Dengan izin Allah,cuaca yang agak baik,kesihatan yang diberikan Alhamdulillah segala rancangan dapat diteruskan...

Perjalanan ke sana ,mengambil masa lebih kurang 45minit kalau dari bandar Kuantan..macam mana nak ke sana secara detail??? Cari je signboard ke Sg Lembing nanti barulah jumpa..hehe! 


Kalau korang dapat jumpa signboard ni means korang hampir la tuh...teruskan je...Masa kami ke sana kami terus ke lombong muzium sebab..kami tidak tahu hendak ke Bukit Panorama sebenarnya.Before ni pernah sampai tapi sekadar pusing dan tahu ni lah Sg lembing terletaknya Muzium Sg Lembing...
So, selepas tanya salah seorang pekerja dan peniaga di situ....baru lah dapat direction yang betul..

signboard nie agak tersorok sedikit...tepi signboard ni ade hotel.kena masuk lorong and belah kanan tu ada sekolah jenis kebangsaan cina then straight je sampai jalan mati.






Track bukit ni tangga...tak sama macam Bukit Pelindung...So mula2 tu agak excited lama2 tu mula lah pancit sikit2...penat boleh tahan lah.xpayah berboarak nanti hilang stamina,,,seriously....hehe=)

Sepanjang panjat tu lebih amik gambar je...biasa lah semuanya first time panjat bukit ni..terlebih sudah....

Sedar xsedar semakin tinggi kami rupanya...cantik...
view dr puncak nampak Sg Lembing

Setibanya kami di atas lebih kurang 6.00pm(23/2/2013), dan akhirnya kami berjaya jugak menghabiskan pendakian kami...sungguh teruja masya Allah...subhana Allah....

penat sangat ke adeq zana..haha!

pose!

Bersama Kak Yan..sifu ka..berlatar belakang kan Gua Cheras


Its me=)

Im to happy

Puncak Bukit Panorama,Gua Cheras

dan lagi

Flora

sangat cantik...
Lebih kurang 15 minit berehat bergambar kami pon turunlah menuju ke destinasi lain..iaitu persi ke Sg Lembing yang asyik saya katakan cantik itu.....

dapat shoot pic air itu...wow amazing

peace kan sungai ni,,,kalau nak mandi boleh aja bagi mereka yang sempoi,,

ni jambatan yang baru siap

After that,kami pon pulang ke rumah...walaupon keletihan tetapi sangat2 bermakna dan seronok,,,,insyaAllah saya akan sampai kesini lagi bersama orang tersayang untuk menikamati
"sunrise" @ "sunset"....

Biar pon tinggi bukit ku daki,
Biar pon payah hendak ke mari
Kuasa Allah yang maha hakiki
Sukar dicari ganti.....

Bukan berhajat kosong datang ke mari....
Bersyukur kerana berpeluang sampai ke sini...
Bukit Panorama berjaya ku daki...


"SubhanaAllah"




No comments:

Post a Comment